Saturday, May 8, 2010

ketika rasa itu hadir

Bismillahhirrohmanirohim...


Saat diri tak bermaya
saat hati hancur luluh pedih
dikala insan lain bergembira
aku disini menyulam duka kecewa
 kecewa kerana gagal memiliki cinta
kecewa gara gara cinta tak kesampaian

kadang kadang aku sendiri tertanya tanya
mengapa tiada rasa itu setelah kau pergi
pergi meninggalkan aku sendiri
aku benci melihat mereka
menyulam cinta bergelak ketawa
aku cemburu melihat mereka
tersenyum indah disana
sampai bila aku harus begini
sendiri dan terus sendiri
tanpa ada rasa cinta dihati

sedih resah kecewa
duka sengsara
membalut hangat rasa hampa
tanpa ada belas dijiwa

aku rindu pada satu nama
yang entah dimana kelibatnya
tamat

Wednesday, May 5, 2010

cinta bukan memiliki

Sekadar ingin berkongsi..

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Akhirnya

Salam...


Akhirnya tercoret jua luahan hati pertama di blog ini...tiada ape yang ingin diperkatakan lagi..sekadar memberitahu bahawa blog ini suda berfungsi..